Saturday, August 29, 2009
Resit Dan Lencana Pendaftaran Pengakap
Keapada semua Pemimpin Kumpulan Pengakap Daerah Tawau, Resit pendaftaran dan lencana pendaftaran boleh dapat dari Skip Lee Chee Kiong (0138830138)
Wednesday, August 26, 2009
SAMA-SAMALAH KITA MENGHAYATINYA...........
Siapakah orang yang sibuk?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s
Siapakah orang yang manis senyumanya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata," Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.
Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.
Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.
Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan...
Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya...
Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka..
Siapakah org yg KEDEKUT ?
Orang yg kedekut ialah org yg membiar atau membuang email ini begitu sahaja, malah dia tidak menyampaikan pula pada org lain.
Thursday, August 20, 2009
Sunday, August 16, 2009
SAMBUTAN HARI PENGAKAP NEGERI SABAH
Program ini diadakan untuk menyampaiakan Anugerah Pengakap Raja pada tahun 2007-2009 kepada 83 Pengakap dari seluruh Negeri Sabah di Istana Negeri Sabah pada siang hari.
Pada malam penyampaian Pingat 100 tahun Pengakap di Malaysia kepada 50 orang Pemimpin Pengakap, pada malam itu 3 orang Pemimpin (Datuk Amir Bek, En. Mohd Saiful Foo dan Encik Lee Chee Kiong) dari daerah Tawau telah dianugerahkan Pingat tersebut oleh Ketua Pesuruhjaya Pengakap Malaysia (Y. BHG. DATO’ HAJI KAHARUDIN BIN MOMIN)
Thursday, August 6, 2009
RESIT PENDAFTARAN KUMPULAN PENGAKAP DI TAWAU
Lee Chee Kiong
SM Holy Trinity, Tawau
0138830138
Untuk mendapatkan resit pendaftaran setiap kumpulan
Sijil Pendaftaran dan Lencana pendaftaran sebagai ahli Pengakap belum diterima, harap boleh bersabar untuk menunggunya.
Wednesday, August 5, 2009
PERKHEMAHAN ORIENTASI DAN CINTA ALAM
Saturday, July 11, 2009
DERMA DARAH ANJURAN PENGAKAP KELANA B TAWAU 11 JULAI 2009
Persekutuan Pengakap Malaysia Cawangan Sabah Daerah Tawau ingin mengambil kesempatan ini merakamkan jutaan terima kasih mana-mana pihak yang telah memberi sumbangan bagi menjayakan program ini secara langsung atau tidak langsung.
Ketibaan Perasmis Brig-Jen Tan Sri Datuk Liew Yun Fah
Brig-Jen Tan Sri Datuk Liew Yun Fah Bertanya Khabar Anggota Askar Wataniah
Brig-Jen Tan Sri Datuk Liew Yun Fah Bersama Pesuruhjaya Daerah Tawau
Bertanya Khabar Ahli Rakan Muda
Penyampaian Cendera Kenangan Kepada Brig-Jen Tan Sri Datuk Liew Yun Fah
Brig-Jen Tan Sri Datuk Liew Yun Fah Menyampaikan Sijil Peghargaan
Kepada Pengarah Hospital Tawau
.jpg)
