Tuesday, March 9, 2010

KURSUS KETUA PATROL 2010 (TAWAU)

Segala pertanyaan boleh terus kepada :
HERMAN HASSAN BIN KAMASE (0128114363)
MASSALINRI MOHD TAHIR (0145588518)
LEE CHEE KIONG (0138830138)

Sunday, February 28, 2010

MENGHADIRI HARI PERINGATAN PANDU PUTERI DAERAH TAWAU

Pada 28 Februari 2010, Persekutuan Pengakap Malaysia Cawangan Sabah Daerah Tawau telah dijemput oleh Pandu Puteri Daerah Tawau menghadiri Hari Peringatan pada :

Tarikh : 28 Februari 2010
Masa : 07.15-11.30 pagi
Tempat : Padang Bandaran Tawau

Pesuruhjaya Pengakap Bahagian Tawau Skip Mohd. Sayful Foo, Pesuruhjaya Pengakap Daerah Tawau Skip Lee Chee Kiong dan wakil-wakil dari Kumpulan Pengakap Kelana A dan B Tawau ke majlis tersebut.

BERSAMA KITA MEMBASMI KEMISKINAN & KELAPARAN


Gambar Kenangan

Pesuruhjaya Pengakap Bahagian Tawau Skip Mohd. Sayful Foo tengah menderma

PENDAFTARAN AHLI PENGAKAP 2010

Salam Pengakap dan Salam 1 Malaysia, Pendaftaran Ahli Pengakap 2010 akan tamat pada 06 Mac 2010. Oleh yang demikian, semua Pemimpin Kumpulan di Daerah Tawau, Merotai dan Balung diminta hantar borang pendaftaran sebelum 06 Mac 2010 kepada :
Tawau : En. Lee Chee kiong (0138830138)
Merotai : En. Arbin Setta (01388620120)
Balung : En. Bayoh

Atau kepada En Basri Nusu di Jabatan Pelajaran Tawau

Kerjasama dari semua pemimpin amat-amat diperlukan untuk menjayakan pendaftara 2010.

Wednesday, January 13, 2010

JAMBORI BUDAYA MALAYSIA / INDONESIA 2010 (MAKLUMAT AWAL)‏

SALAM PENGAKAP !

JAMBORI DATANG LAGI !

JAMBORI BUDAYA INDONESIA / MALAYSIA 2010
TARIKH
8 JUN HINGGA 12 JUN 2010
TEMPAT
TANAH DATAR, SUMATERA BARAT, INDONESIA

YURAN JAMBORI
RM 300.00 SAHAJA ( MELIPUTI MAKAN BUFFET 3X SEHARI / JAMBORI KIT / LAWATAN/ PENGANGKUTAN DARI LAPANGAN TERBANG MINANGKABAU KE TAPAK JAMBORI DAN KEMBALI )

BAWA KHEMAH SENDIRI.

Sunday, January 10, 2010

BUKU PANDUAN & SKIM LATIHAN PENGAKAP KELANA


Kepada semua Ahli Pengakap Kelana, anda boleh muat turun Panduan & Skim Pengakap Kelana (edisi PPM Cawangan Sabah) untuk rujukan tuan dan puan.

Saturday, January 2, 2010

GILWELL REUNION PERINGKAT NEGERI SABAH 2010

GILWELL REUNION
PERINGKAT NEGERI SABAH 2010


TARIKH : 30 JANUARI 2010
TEMPAT : DEWAN MASYARAKAT, DAERAH LAHAD DATU
MASA : 7.30 MALAM
PAKAIAN : SERAGAM PENGAKAP
YURAN : RM 50.00 SEORANG

MERANGKUMI
- MAKAN MALAM
- BUKU CENDERAMATA GILWELL REUNION SABAH 2010
- LENCANA KHAS GILWELL REUNION SABAH 2010
- SIJIL PENYERTAAN

Penyertaan adalah terbuka kepada semua pemegang manik kayu daripada PPM Cawangan Sabah, PPM W.P. Labuan dan MPKLM.

Utntuk maklumat selanjutnya, sila berhubung dengan Lee Chee Kiong (0138830138) bagi Daerah Tawau.

Monday, December 21, 2009

Rombongan Ekspedisi Negeri Johor Jelajah Malaysia Siri 1 Negeri Sabah

Kumpulan Ekspedisi Jelajah Malaysia Siri 1 Negeri Sabah (Pemimpin Pengakap Negeri Johor) telah tiba di Tawau pada 20 Disember 2009 pukul 12:30 tengahari.

Ketibaan mereka telah disambut oleh Pesuruhjaya Bahagian Tawau Skip Mohd Sayful Foo, Pesuruhjaya Tawau Skip Lee Chee Kiong dan Penolong Pesurhjaya Unit Program dan Latihan Skip Mohd Tahir Tampa.

Rombongan ini dijemput makan di sebuah restoran (Sri Keningau) sambil membincang dan mencerita serta menukar-nukar pendapat mengenai Pengakap.

Selepas makan lebih kurang pukul 4:00 petang, kumpulan eskpedisi memohon diri untuk bertolak ke Keningau melalui jalan Kalabakan. Kumpulan Pengakap Daerah Tawau telah mengiringi kumpulan ekspedisi ini sehingga ke Balai Polis Bombalai.

Kami ingin mengambil kesempatan ini mendoakan agar sepanjang ekspedisi mereka ini selamat dan gembira, kami juga menucapkan ribuan terima kasih atas lawatan mereka ini.

Sibuk dengan perbincangan..............


Sibuk mengurus sijil ekspedisi..........


Pesuruhjaya Bahagian Tawau dan Penolong Pesuruhjaya Tawau Serius dengan perbincangan


Siok berbincang dengan Pengakap Tawau


Pesuruhjaya Daerah Tawau menyampaikan cendera kenangan kepada ketua rombongan ekspedisi Johor


Ketua rombongan ekspedisi menyampaikan sijil penghargaan kepada Pesuruhjaya Tawau


Ketua rombongan ekspedisi menyampaikan sijil penghargaan kepada Pesuruhjaya Bahagian Tawau


Gambar kenangan bersama.................


Gambar kenangan bersama .................