Saturday, January 2, 2010

GILWELL REUNION PERINGKAT NEGERI SABAH 2010

GILWELL REUNION
PERINGKAT NEGERI SABAH 2010


TARIKH : 30 JANUARI 2010
TEMPAT : DEWAN MASYARAKAT, DAERAH LAHAD DATU
MASA : 7.30 MALAM
PAKAIAN : SERAGAM PENGAKAP
YURAN : RM 50.00 SEORANG

MERANGKUMI
- MAKAN MALAM
- BUKU CENDERAMATA GILWELL REUNION SABAH 2010
- LENCANA KHAS GILWELL REUNION SABAH 2010
- SIJIL PENYERTAAN

Penyertaan adalah terbuka kepada semua pemegang manik kayu daripada PPM Cawangan Sabah, PPM W.P. Labuan dan MPKLM.

Utntuk maklumat selanjutnya, sila berhubung dengan Lee Chee Kiong (0138830138) bagi Daerah Tawau.

Monday, December 21, 2009

Rombongan Ekspedisi Negeri Johor Jelajah Malaysia Siri 1 Negeri Sabah

Kumpulan Ekspedisi Jelajah Malaysia Siri 1 Negeri Sabah (Pemimpin Pengakap Negeri Johor) telah tiba di Tawau pada 20 Disember 2009 pukul 12:30 tengahari.

Ketibaan mereka telah disambut oleh Pesuruhjaya Bahagian Tawau Skip Mohd Sayful Foo, Pesuruhjaya Tawau Skip Lee Chee Kiong dan Penolong Pesurhjaya Unit Program dan Latihan Skip Mohd Tahir Tampa.

Rombongan ini dijemput makan di sebuah restoran (Sri Keningau) sambil membincang dan mencerita serta menukar-nukar pendapat mengenai Pengakap.

Selepas makan lebih kurang pukul 4:00 petang, kumpulan eskpedisi memohon diri untuk bertolak ke Keningau melalui jalan Kalabakan. Kumpulan Pengakap Daerah Tawau telah mengiringi kumpulan ekspedisi ini sehingga ke Balai Polis Bombalai.

Kami ingin mengambil kesempatan ini mendoakan agar sepanjang ekspedisi mereka ini selamat dan gembira, kami juga menucapkan ribuan terima kasih atas lawatan mereka ini.

Sibuk dengan perbincangan..............


Sibuk mengurus sijil ekspedisi..........


Pesuruhjaya Bahagian Tawau dan Penolong Pesuruhjaya Tawau Serius dengan perbincangan


Siok berbincang dengan Pengakap Tawau


Pesuruhjaya Daerah Tawau menyampaikan cendera kenangan kepada ketua rombongan ekspedisi Johor


Ketua rombongan ekspedisi menyampaikan sijil penghargaan kepada Pesuruhjaya Tawau


Ketua rombongan ekspedisi menyampaikan sijil penghargaan kepada Pesuruhjaya Bahagian Tawau


Gambar kenangan bersama.................


Gambar kenangan bersama .................

Sunday, December 20, 2009

VIGIL KELANA A


Pasukan Latihan Pengakap Daerah Tawau telah menjalankan Ujian Vigil bagi ahli baru Pengakap Kelana A Tawau seperti brikut :
Hari : 18-20 Disember 2009
Tempat : Kem Kemahiran Pengakap Tiku Tawau

Ujian vigil ini terdiri daripada 10 perempuan dan 4 lelaki
01. ROZAIMAH BT SAINI
02. SUMIARNI BT MOHD SUPRI
03. NOVI YUNETA BT HARTONO
04. IRMA BT IBRAHIM
05. SARRAN BT HUSSIN
06. NOR RINDA BT MIJAL
07. HERNI BT SYAM
08. NUR ANIMAH BT JAMAL
09. JUMIATI SUKARDI
10. LIA
11. IRWAN BIN ABD WAHID
12. MOHD ADHA BIN SUHARDI
13. SAHRIL BIN SIAME
14. BAHAR BIN BABA

Penguji Vigil :
01. MOHD SAYFULL BIN FOO (Pesuruhjaya Pengakap Bahagian Tawau)
02. LEE CHEE KIONG (Pesuruhjaya Pengakap Daerah Tawau)
03. TAHIL BIN TANPA (Pen. Pesurhjaya Program Dan Latihan Daerah Tawau)

Jawatan Kuasa Induk
Penaung : EN. MOHD SAYFULL BIN FOO(Pesuruhjaya Pengakap Bahagian Tawau)
Penasihat : EN. LEE CHEE KIONG(Pesuruhjaya Pengakap Daerah Tawau)
Penyelaras : EN. SHAHARUDDIN BIN SUMAIN
Pengerusi : EN. HERMAN HASAN BIN KAMASE
Setiausaha : EN. SAHLAN BIN AHMAD

Jawatan Kuasa Kerja
Pendafataran : ZULKIFLI BIN JOHN
Aktiviti : ABD RAHMAN MAPIASSE
Makanan : IRMON BIN IBNO
Peralatan : MASSALINRI TAHIR
Keselamatan : ROSLI BIN ABD RAHMAN
Kebersihan : ISMAIL

Di sini saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua penguji Vijil, Jawatan Kuasa Induk serta Jawatan Kuasa Kerja. Saya juga tidak lupakan perkhidmatan dan kerjasama dari Ibu Pejabat Persekutuan Pengakap Malaysia Cawangan Sabah.

"Sekali Berpengakap Terus Berpengakap"

Peserta Vijil melafazkan Persetiaan Pengakap


Pesuruhjaya Daerah memasangkan Riben kepada peserta Vigil


Pesuruhjaya memasangkan riben kepada peserta Vigil


Pesuruhjaya memasangkan riben kepada pesrta kursus


Penolong Pesuruhjaya Unit Program dan Latihan (tengah termennug?)


Lihat reisai saya yang cantik ni !!!!!


Inilah yang saya buat 2 bulan

Lihat pelangi pada perisai saya .............


Siapa punya perisai tu?


Macan sarang penyagat je ????


Pesuruhjaya Bahagian Tawau tengah perhatikan perisai.

Aku punya perisai yang paling besar

Datanglah serang, kami telah bersedia, Skip


Peserta dan penguji Vigil

Sunday, December 6, 2009

Merry Christmas To All Scout's

Pendaftaran Ahli Pengakap 2010

Salam Pengakap dan salam 1 Malaysia, Semua pemimpin Pengakap Kumpulan daerah Tawau diminta mengumpul duit dari ahli Pengakap (RM3.00 untuk Pengakap Kanak-kanak, Muda dan Remaja, RM5.00 untuk Pemimpin dan Kelana dan RM10.00 untuk setiap kumpulan).
Pendaftaran secara besar-besaran akan dibuat di peringkat daerah Tawau pada hujung bulan Januari dan akan diserahkan ke Negeri Sabah pada awal bulan Februari 2010.
Kerjasama dari semua pihak amatlah diperlukan dan dihargai.
Segala pertanyaan boleh hubungi Pesuruhjaya Daerah Tawau En. Lee Chee Kiong (0138830138) dan segala borang boleh dimuat turun dari blog http://tawauscout.blogspot.com.
Bagi mana-mana pemimpin yang belum dapat Tauliah, sila isi semuala borang tauliah supaya tahun 2010 anda boleh dapat tauliah tersebut.
Sekian dan terima kasih.
"SEKALI BERPENGAKAP TERUS BERPENGAKAP"

Saturday, November 28, 2009

Kursus Manikayu Peringkat 1 (Pengakap Kanak-kanak)


Salam 1 Malaysia dan Salam Pengakap, Kursus Manikayu 1 (Pengakap Kanak-kanak) akan diadakan :

Tempat : Rumah Pengakap Kota Kinabalu
Tarikh : 11-12 Disember 2009
Yuran : RM35.00 seorang

Terbuka kepada semua ahli Pengakap 18 tahun keatas dan telah menyertai Kursus Manikayu Pengenalan.
Sesiapa yang berminat boleh hubungi saya Lee Chee Kiong 1038830138 sebelum 6 Disember 2009.

Thursday, November 5, 2009

Allahyarham Datuk S. Amir Bek Bin S. Amir Hussein

Allahyarham Datuk S. Amir Bek Bin S. Amir Hussein (Penolong Pesuruhjaya Negeri Sabah, Bahagian Tawau) telah kembali ke rahmatullah pada 4 November 2009 (16 Zulkaedah 1430 Hijrah) di rumah beliau dan telah dikebumikan di Daerah Semporna.

Marilah kita bersama-sama mendoakan untuk kesejahteraan Roh Allahyarham semoga Rohnya diterima di sisi Allah dan ditempatkan bersama-sama orang yang soleh.

Al-Fatihah

Daripada :
Pengakap Daerah Tawau, Merotai dan Balung