Saturday, November 28, 2009

Kursus Manikayu Peringkat 1 (Pengakap Kanak-kanak)


Salam 1 Malaysia dan Salam Pengakap, Kursus Manikayu 1 (Pengakap Kanak-kanak) akan diadakan :

Tempat : Rumah Pengakap Kota Kinabalu
Tarikh : 11-12 Disember 2009
Yuran : RM35.00 seorang

Terbuka kepada semua ahli Pengakap 18 tahun keatas dan telah menyertai Kursus Manikayu Pengenalan.
Sesiapa yang berminat boleh hubungi saya Lee Chee Kiong 1038830138 sebelum 6 Disember 2009.

Thursday, November 5, 2009

Allahyarham Datuk S. Amir Bek Bin S. Amir Hussein

Allahyarham Datuk S. Amir Bek Bin S. Amir Hussein (Penolong Pesuruhjaya Negeri Sabah, Bahagian Tawau) telah kembali ke rahmatullah pada 4 November 2009 (16 Zulkaedah 1430 Hijrah) di rumah beliau dan telah dikebumikan di Daerah Semporna.

Marilah kita bersama-sama mendoakan untuk kesejahteraan Roh Allahyarham semoga Rohnya diterima di sisi Allah dan ditempatkan bersama-sama orang yang soleh.

Al-Fatihah

Daripada :
Pengakap Daerah Tawau, Merotai dan Balung

Thursday, October 22, 2009

KURSUS MANIK KAYU PENGENALAN 2009, TAWAU



Makluman kepada semua bahawa Kursus Manikayu Penerangan Peringkat 1 akan di jalankan pada ketetapan berikut :

Tarikh : 31hb Oktober 2009
Tempat : SM Holy Trinity, Tawau
Masa : Jam 7.00 pagi (pendaftaran)
Yuran : RM20.00

Untuk keterangan lanjut bolehlah menghubungi Skip Lee chee Kiong di talian 013-8830138. Tempat adalah terhad.

Semua ahli pengakap yang belum menyertai mana kursus manikayu sebelum ini digalakkan untuk hadir dan mengikuti kursus ini demi kebaikan semua pihak. Kursus ini jega bertujuan untuk memberi pendedahan kepada semua pemimpin dan bakal pemimpin tentang ilmu berpengakap.

Borang pendaftaran boleh dimuat turun dari tawauscout.blogspot.com

Tarikh tutup hantar borang 27 Oktober 2009


"Sekali Berpengakap Terus Berpengakap"

Saturday, August 29, 2009

Resit Dan Lencana Pendaftaran Pengakap


Keapada semua Pemimpin Kumpulan Pengakap Daerah Tawau, Resit pendaftaran dan lencana pendaftaran boleh dapat dari Skip Lee Chee Kiong (0138830138)

Wednesday, August 26, 2009

SAMA-SAMALAH KITA MENGHAYATINYA...........

Siapakah orang yang sibuk?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s

Siapakah orang yang manis senyumanya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata," Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan...

Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya...

Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka..

Siapakah org yg KEDEKUT ?
Orang yg kedekut ialah org yg membiar atau membuang email ini begitu sahaja, malah dia tidak menyampaikan pula pada org lain.

Thursday, August 20, 2009

Selamat Berpuasa

Selamat Berpuasa untuk semua Ahli Pengakap yang Beragama Islam

Sunday, August 16, 2009

SAMBUTAN HARI PENGAKAP NEGERI SABAH

Pengakap Daerah Tawau telah menyertai Sambutan Hari Pengakap Peringkat Negeri Sabah 2009 pada 11 Ogos 2009 di Dewan Maksak.

Program ini diadakan untuk menyampaiakan Anugerah Pengakap Raja pada tahun 2007-2009 kepada 83 Pengakap dari seluruh Negeri Sabah di Istana Negeri Sabah pada siang hari.

Pada malam penyampaian Pingat 100 tahun Pengakap di Malaysia kepada 50 orang Pemimpin Pengakap, pada malam itu 3 orang Pemimpin (Datuk Amir Bek, En. Mohd Saiful Foo dan Encik Lee Chee Kiong) dari daerah Tawau telah dianugerahkan Pingat tersebut oleh Ketua Pesuruhjaya Pengakap Malaysia (Y. BHG. DATO’ HAJI KAHARUDIN BIN MOMIN)