Sunday, August 8, 2010

JAMBORI CABANG NUNUKAN 2010

Jambori Cabang Ketiga yang berlangsung di Nunukan, Indonesia dari 25 Jun hingga 02 Julai baru-baru ini telah memberi pengalaman baru kepada 125 ahli Kontinjen Pengakap Malaysia yang diwakili oleh ahli-ahli Pengakap Daerah Tawau, Merotai dan Balung.

Ahli-ahli Pengakap dapat mempelajari tentang adat dan budaya masyarakat serumpun, mereka turut berpeluang bertukar-tukar pandangan dengan ahli-ahli Pramuka (Pengakap) dari negara jiran tersebut.

Jambori kali ini turut memberi ruang untuk ahli-ahli Pengakap Malaysia yang terlibat melihat keadaan ekonomi dan persekitaran negara jiran berkenaan.

Ia merupakan satu pengalaman berharga. Ada sebilangan ahli yang tidak pernah pun menjejakkan kaki ke Nunukan dan peluang ini membolehkan mereka menimba pengalaman di negara orangMenurutnya, program yang berlangsung selama seminggu bermula 25 Jun hingga 2 Julai lalu itu turut dipenuhi dengan pelbagai aktiviti menarik. Antaranya ialah aktiviti seperti halang rintang, berakit, kembara, pertunjukan permainan tradisional, persembahan tarian kebudayaan dan malam unggun api.

Pengakap Malaysia juga berpeluang mengadakan Malam Pengakap Malaysia dan kami mempersembahkan tarian Sumazau dan Joget. Ia pengalaman cukup berharga kerana disaksikan oleh warga negara jiran.
Tidak setakat itu, Pengakap Malaysia yang diwakili oleh ahli-ahli Pengakap dari SM Holy Trinity Tawau ujarnya, turut diberi peluang menunjukkan Kawad Formasi di majlis pembukaan jambori itu.
Jambori itu, jelasnya, menekankan aspek kerohanian dan kehijauan sepanjang ia berlangsung.
Ahli-ahli Pengakap juga berpeluang melawat Pejabat Bupati (Pejabat Daerah), Dewan Perwakilan Rakyat Daerah (DPRD) dan hospital di Nunukan.

Secara tidak langsung, ini dapat menambah pengetahuan mereka tentang bagaimana Nunukan diurus tadbir oleh pemerintahnya.
Terima kasih kepada pucuk pimpinan Pengakap Sabah khususnya kepada Pesuruhjaya Datuk Awang Zaini Suntim kerana memberi kami peluang untuk menyertai jambori ini.


Orang Kuat Kelana Tawau

Kami Dari pengakap malaysia

Kami Boleh Bergabung, Walaupun Berlainan Negara

Anak Siapa Ni ? Bertuah Betul

Cendera Kenangan Dari Pengakap Malaysia

Kami Siap Sdia, Skip

Skip, Maafkan Kami, Kami Berjanji Tak Buat Lagi

Lihat Baju kami Ni, Cantik ?

Kami Tak Sabar Sudah, Bila Sampai Giliran Kami ?

Ai, Kacang Saja Halangan ini

Ikut Pelampung Ni Balik Ke Tawau

Kami Rambo Dari Tawau

Selamat, Yang Lain Boleh Ikut

Ini Lah tempat Mandi Kami


Lawatan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri sabah Datuk Hj. Ag Zaini Ke Tapak Malaysia

Pak, Cam Mana Anak-anak Pengakap Saya ?

Malam Malaysia

Datuk Hj. Ag Zaini Mau Nyanyi Kah?

Hidup Pengakap Malaysia

Takut Nampak Mereka Serius Saja

Kami Dari Pramuka, Mengucapkan Salam Pramuka Dan Salam Pengakap

Hai, Macam Tak Mau Pulang Dulu, Rindu Lah Dengan Pramuka

Orang-orang Kuat Jamcab 2010

Salam Bertuahnya Engkau, Siapa Yang Pasangkan TISKA Mu

No comments: