Thursday, June 11, 2009

PENYAMPAIAN TAULIAH PENGAKAP (23 MEI 2009)

Persekutuan Pengakap Malaysia Cawangan Sabah, Daerah Tawau, Merotai dan Balung telah bergabung mengamjurkan upacara penyampaian Tauliah Pesuruhjaya, Penolong Pesuruhjaya dan Pemimpin Pengakap Bahagian Tawau pada 23 MEI 2009 di Dewan SM St. Patric Tawau. Skiper Mohd Sayful Foo Abdullah telah menerima Tauliah Pesuruhjaya Bahagian Tawau, Skiper Basri Bin Haji Nusu menerima Tauliah Pesuruhjaya Zon Tawau (I) manakala Skiper Lee Chee Kiong menrima Tauliah Pesuruhjaya Daerah Tawau.

Penyampaian Tauliah Penolong Pesuruhjaya bagi Daerah Tawau, Merotai dan Balung juga telah diadakan serta Tauliah Pemimpin Pengakap bagi setiap Kumpulan.
Lebih daripada 300 Pengakap telah menyertai majlis ini dan Ketua Pesuruhjaya Negeri mengucapkan tahniah kepada Pengakap di Tawau kerana telah Berjaya mengadakan aktiviti seperti ini.

Keratan Akhbar See Hua


Keratan Akhbar Morning Post Tawau


Ucapan Daripada Ketua Pesuruhjaya Negeri
Datu Awang Zaini Bin Haji Suntim



Tandatangan Penerimaan Watikah Pesuruhjaya Bahagian Tawau
Skiper Mohd Sayful Foo Abdullah



Tandatangan Penerimaan Watikah Pesuruhjaya Zon Tawau (I)
Skiper Basri Bin Haji Nusu


Tandatangan Penerimaan Watikah Pesuruhjaya Daerah Tawau
Skiper Lee Chee Kiong


Group Photo

PROGRAM SIHAT MINDA (23 MEI 2009)


Persekutuan Pengakap Malaysia Cawandan Sabah Daerah Tawau telah menjalankan aktiviti Program sihat minda di Padang Bandaran Tawau pada 23 Mei 2009. Program ini telah dirasmikan oleh Datuk Awang Zaini Bin Hj. Suntin (Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sabah). Lebih daripada seribu ahli Pengakap telah menyertai program ini yang terdiri dari ahli Pengakap dari sekolah-sekolah di daerah Tawau, Merotai dan Balung.


Keratan Akhbar See Hua


Keratan Akhbar Morning Post


Lencana Khs Program Sihat Minda 2009


Ketibaan Ketua Pesuruhjaya Negeri
Datuk Awang Zaini Bin Haji Suntim



Datuk Awang Zaini Bin Haji Suntim Bersalam dengan
Ahli Pengakap Tawau



Datuk Awang Zaini Bin Haji Suntim Memasangkan
Lencana Sihat Minda Kepada Skiper Lim Soo Fun


Penyampaian Cendera Kenangan Kepada
Datuk Awang Zaini Bin Haji Suntim

Pendaftaran Kumpulan Pengakap Daerah Tawau

Sebagai makluman kepada semua warga Pengakap di Daerah Tawau, Sebanyak 24 Kumpulan Pengakap yang telah hantar pendaftaran dengan bayaran sekali, kesemua ini telah dihantar ke Persekutuan Pengakap Malaysia Cawangan Sabah untuk proses pendaftaran. Senarai Kumpulan Pengakap Tawau yang telah hantar pendaftaran adalah seperti berikut :-


SK MUHIBBAHRAYA
SK BAHAGIA
SK TANJUNG BATU
SK MELODI
SMK TAWAU II
SMK KABOTA
SK KEM KABOTA
KELANA B TAWAU
SMK JAMBATAN PUTIH
PUSAT BIMBINGAN CEMERLANG
SMK TITINGAN
SK ST PATRICK
SM HOLY TRINITY
SJK( C ) SIN HWA
SABAH CHINESE HIGH SCHOOL
SM ST PATRICK
SMK TAWAU
SJK( C ) YUK CHIN
SK KG TITINGAN
SMK KUHARA
SRJK (C) HING HWA
SK WALLACE BAY
KELANA A TAWAU
SK TAMAN TAWAU

Bagi mana-mana kumpulan yang belum hantar pendaftaran bolehlah berhubung dengan Encik Lee Chee Kiong 0138830138 atau Tahil 0198071002.