Seramai 17 peserta, 14 lelaki dan 3 perempuan telah menyertai Vigil yang telah diadakan di Kem Pengakap Tiku Tawau pada 16 - 17 Januari 2011.
1 - Kelana "A" Tawau
3 - Kelana "B" Tawau
7 - Kelana "C" Tawau
6 - Kelana "A" Marotai
Para peserta telah diterapkan dengan pelbagai ilmu pengetahuan terutama sekali berkenaan dengan prinsip "BERKHIDMAT" yang kini menjadi cogan kata bagi "PENGAKA KELANA".
Bakal Kelana Berkelana adalah satu daripada cawangan persaudaraan pengakap yang berasaskan perkhidmatan dan aktiviti luar rumah. Ia merupakan satu persaudaraan dunia mulia, adil dan saksama. Pada suatu masa dahulu sebelum Kelana dilantik, beliau akan menjalani masa percubaan. Ini dikenali sebagai latihan Bakal Kelana. Bakal Kelana juga kenalah bersedia untuk menghadapi "Proses Untuk Mengenal Diri" Ini adalah masanya untuk para bakal Kelana menguji diri sendiri, serta berfikiran terbuka. Dengan menyedari kebolehan dan keupayaan para bakal Kelana bagi melengkapkan diri sendiri untuk menjadi seorang manusia yang lebih baik dan berguna.
Perkhidmatan yang bakal diberikan sewajarnya adalah satu perkara yang baik dan mulia. Sebagai seorang manusia, kalau kita dapat memberi pertolongan kepada seorang yang lain ataupun kepada masyarakat keseluruhannya, perasaan kepuasan dalam hati dapat dirasa dengan ketara.
Pengakap Kelana adalah seorang dewasa dan pada masa inilah persetiaan dan Undang-undang Pengakap mesti diselidik dan diikuti dari pandangan seorang dewasa.
bergambar sebelum berangkat
masak air "mana tahan Gratis semua"
sempat lagi ambil gambar
besedia untuk proses mengenal diri (bahagian 1)
time ni semua diluahkan segala yang terpendam
ujian bertulis
khusyuknya menjawab
jawab jangan x jawab
kenapa tengok buku tu "meniru ya"....hehehe
mari berjalan-jalan santai
semua bukit direnangi bagi mencari kepuasan
capek deh..
semua perisai & tongkat terbentang, tuannya sibuk buat kraf tangan
perbentangan hasil kraf tangan
masanya memberitahu makna pada setiap perisai
group ke-2
sempat lagi begayak
time ni yang ditunggu-tunggu (group ke-2)
group pertama
majlis selesai... mari bermaaf maafan
No comments:
Post a Comment