Monday, December 21, 2009

Rombongan Ekspedisi Negeri Johor Jelajah Malaysia Siri 1 Negeri Sabah

Kumpulan Ekspedisi Jelajah Malaysia Siri 1 Negeri Sabah (Pemimpin Pengakap Negeri Johor) telah tiba di Tawau pada 20 Disember 2009 pukul 12:30 tengahari.

Ketibaan mereka telah disambut oleh Pesuruhjaya Bahagian Tawau Skip Mohd Sayful Foo, Pesuruhjaya Tawau Skip Lee Chee Kiong dan Penolong Pesurhjaya Unit Program dan Latihan Skip Mohd Tahir Tampa.

Rombongan ini dijemput makan di sebuah restoran (Sri Keningau) sambil membincang dan mencerita serta menukar-nukar pendapat mengenai Pengakap.

Selepas makan lebih kurang pukul 4:00 petang, kumpulan eskpedisi memohon diri untuk bertolak ke Keningau melalui jalan Kalabakan. Kumpulan Pengakap Daerah Tawau telah mengiringi kumpulan ekspedisi ini sehingga ke Balai Polis Bombalai.

Kami ingin mengambil kesempatan ini mendoakan agar sepanjang ekspedisi mereka ini selamat dan gembira, kami juga menucapkan ribuan terima kasih atas lawatan mereka ini.

Sibuk dengan perbincangan..............


Sibuk mengurus sijil ekspedisi..........


Pesuruhjaya Bahagian Tawau dan Penolong Pesuruhjaya Tawau Serius dengan perbincangan


Siok berbincang dengan Pengakap Tawau


Pesuruhjaya Daerah Tawau menyampaikan cendera kenangan kepada ketua rombongan ekspedisi Johor


Ketua rombongan ekspedisi menyampaikan sijil penghargaan kepada Pesuruhjaya Tawau


Ketua rombongan ekspedisi menyampaikan sijil penghargaan kepada Pesuruhjaya Bahagian Tawau


Gambar kenangan bersama.................


Gambar kenangan bersama .................

No comments: