Thursday, March 18, 2010

KURSUS KETUA PATROL TAWAU 2010

Pada 14-17 Mac 2010, Pengakap Persekutuan Malaysia Cawangan Sabah Daerah Tawau bersama Unit Kelana A Tawau telah mengadakan Kursus Ketua Patrol di Kem Kemahiran Pengakap Tiku Tawau.

Seramai 92 ahli Pengakap telah menyertai kursus tersebut yang melibatkan sebahagian ketua patrol Pengakap sekolah menengah daerah Tawau, Balung dan Merotai.

Antara aktiviti yang dijalankan ialah pertolongan cemas, aktiviti kemasyarakatan, ikatan dan simpulan, ikhtiar hidup dan asas kawad kaki.

Majlis perasmian penutupan dilakukan oleh Pesuruhjaya Pengakap Daerah Tawau En. Lee Chee Kiong.


Penceramah utama Kursus ketua Patrol ini ialah En Mohd. Sayful Foo (Pesuruhjaya Pengakap Bahagian Tawau), En Lee Chee Kiong (Pesuruhjaya Pengakap Daerah Tawau), En Arbin Seta (Pesuruhjaya Pengakap Daerah Merotai), En Bayoh Balak (Pesuruhjaya Pengakap Daerah Balung), En Tahir (Penolong Pesuruhjaya Pengakap Daerah Tawau) dan Unit Kelana A Tawau.


Ribuan terima kasih atas sokongan pihak Ibu Pejabat Persekutuan Pengakap Malaysia Cawangan Sabah, Pejabat Pelajaran Daerah Tawau, Majlis Pengakap Tawau, Unit Kelana A, Unit Kelana B Tawau dan mana-mana lagi pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung yang sama-sama memberi sokongan terhadap perkembangan Pengakap Daerah Tawau.









Persediaan Kem Oleh Unit Kelana A Tawau


Pendaftaran Peserta



Peserta Kursus Sibuk Membersihkan Tapak Perkhemahan



Mendikiran Khemah



Khemah Siap Didirikan



Slot I Oleh En Lee chee kiong, Pesuruhjaya Pengakap Daerah Tawau


Slot Oleh En Arbin Seta, Pesuruhjaya Pengakap Daerah Merotai



Slot Oleh En Tahir, Pen. Pesuruhjaya Pengakap Daerah Tawau


Slot Skim Lencana & Buku Log Oleh En Lee Chee Kiong Bersama En Mohd Sayful Pesuruhjaya Pengakap Bahagian Tawau


Peserta Kursus Tengah Mendengar Ceramah


Selamat Pagi Malaysia



Pemeriksaan Pagi Oleh En Junaidi


Pemeriksaan Pagi


Pesrta Kursus Tengah Menyiapkan Tugasan


Kawad Tongkat


Kami Bakal Ketua Patrol Bertauliah


Pesuruhjaya Pengakap Daerah Tawau Memasangkan Lencana Ketua Patrol Kepada Peserta Kursus


Peserta Kursus Lelaki Terbaik, Adik Arial Dari Kumpulan Pengakap 28 Tawau

Kumpulan Patrol Terbaik Dari Kumpulan Pengakap 20 Balung


Penyampaian Sijil Vigil Kepada Ahli Kelana A Tawau

Gambar Ramai-ramai


No comments: