Friday, March 19, 2010

UJIAN SIKAP BERBASIKAL

Pada 13-14 Mac 2010, Pasukan Latihan Pengakap Daerah Tawau telah menjalankan Ujian Sikap kepada LIMA bakal Pengakap Raja dari Tawau Ke Kunak Ke Tawau semula.
Disepanjang perjalanan ini, beberapa ujian telah dijalankan seperti berdikari, kegiatan dan ekspedisi berbasikal.
Terdiri dari lima ahli Pengakap (4 Lelaki dan 1 Perempuan) yang terlibat iaitu Lim Jun Kwong, Yap Kang Shiang, Lim Yung Hung, Lam Jer Yong dan Leong Jin Vun.
Penguji Ujian Sikap ini diketuai oleh En Lee chee Kiong Pesuruhjaya Pengakap Daerah Tawau, En Sia Boon Kee Pen. Pesuruhjaya Daerah Tawau, En. Tahir Pen Pesuruhjaya Daerah Tawau dan En Mohd Sayful Foo Pesuruhjaya Pengakap Bahagian Tawau.
Ekspedisi bermula dari Sekolah Menengah Tinggi Sabah Chinese ke SMK Kunak. Mula pada pukul 08:30 pagi dan tiba di SMK Kunak 7:00 malam.
Mereka disambut meriah oleh Pengakap 02 Kunak dan Unitk Kelana Kunak, pada malam itu juga mereka menjalankan ujian mereka serta bertukar-tukar pendapat dengan Pengakap Daerah Kunak.
Pada 14 Mac 2010, pukul 07:00 kumpulan ini bertolak semula ke Tawau dan tiba di Tawau pada pukul 5:00 petang.


Gambar Bersama Pemimpin Dan Pesuruhjaya Daerah Tawau Sebelum Berlepas


Ambil Kesempatan Tambah Tenaga



Ah! Baru Sampai Di Airport



Makan Dulu, Yang Penting Kenyang

Ahhh! Sakitnya Kaki Saya

Sampai Malam Kami Berbasikal

En Chung Kon Phin LA Tawau Memberi Taklimat


Gambar Kenangan Bersama Pengakap Kunak


Berkongsi Dan Bertukar Fikiran Bersama Pengakap Kunak



Gambar Kenangan Bersama Pengakap Kunak Sebelum Bertolak ke Tawau



Tawau 78 KM Lagi


Laju Lagi Tolak Basikal Bila Naik Bukit


Pesuruhjaya Pengakap Daerah Tawau Membantu Membuka Tayar Basikal


Sempat Tangkap Gambar Bersama Orang Kunak


Rehat Dulu, Tak Tahan Dah


Hai! Panatnya Sampai Tidak Tau Cam Mana Mau Cerita


Yeh! Dah Sampai Bandar Seri Indah



Rehat Dulu Dekat Shan Shui


Hai! Penat Betul, Susah Betul Mau Jadi Pengakap Raja

Siapa Punya Roda Basikal Kat Kereta Pen. Pesuruhjaya Pengakap Daerah Tawau

No comments: