Saturday, February 12, 2011

Cadangan Takwin Pengakap Daerah Tawau 2011

Friday, February 11, 2011

KURSUS PENOLONG JURULATIH KEBANGSAAN (CALT) KE-30


Tarikh : 18 hingga 23 April 2011
Tempat : Kompleks Belia dan Sukan Sabah, Putatan
Yuran : RM 500.00 seorang
(Merangkumi penginapan, makan dan minum sepanjang kursus, kit kursus dan kos aktiviti kursus)

PRA-SYARAT PENYERTAAN KURSUS
1. Pemegang Manik Kayu 2 butir sekurang-kurangnya selama 3 tahun
2. Aktif dalam membantu aktiviti Pengakap di peringkat daerah/kawasan/bahagian
3. Berumur sekurang-kurangnya 25 tahun ke atas
4. Mendapat cadangan dan sokongan daripada Pesuruhjaya Daerah
5. Mengisi borang pencalonan menghadiri kursus CALT dan dihantar bersama salinan sijil (tauliah) manik kayu.

Bagi Pemimpin yang berminat boleh hubungi Lee Chee Kiong 0138830138

Tuesday, January 18, 2011

::: Vigil Zon 1 :::







Seramai 17 peserta, 14 lelaki dan 3 perempuan telah menyertai Vigil yang telah diadakan di Kem Pengakap Tiku Tawau pada 16 - 17 Januari 2011.



1 - Kelana "A" Tawau
3 - Kelana "B" Tawau
7 - Kelana "C" Tawau
6 - Kelana "A" Marotai

Para peserta telah diterapkan dengan pelbagai ilmu pengetahuan terutama sekali berkenaan dengan prinsip "BERKHIDMAT" yang kini menjadi cogan kata bagi "PENGAKA KELANA".

Bakal Kelana Berkelana adalah satu daripada cawangan persaudaraan pengakap yang berasaskan perkhidmatan dan aktiviti luar rumah. Ia merupakan satu persaudaraan dunia mulia, adil dan saksama. Pada suatu masa dahulu sebelum Kelana dilantik, beliau akan menjalani masa percubaan. Ini dikenali sebagai latihan Bakal Kelana. Bakal Kelana juga kenalah bersedia untuk menghadapi "Proses Untuk Mengenal Diri" Ini adalah masanya untuk para bakal Kelana menguji diri sendiri, serta berfikiran terbuka. Dengan menyedari kebolehan dan keupayaan para bakal Kelana bagi melengkapkan diri sendiri untuk menjadi seorang manusia yang lebih baik dan berguna.

Perkhidmatan yang bakal diberikan sewajarnya adalah satu perkara yang baik dan mulia. Sebagai seorang manusia, kalau kita dapat memberi pertolongan kepada seorang yang lain ataupun kepada masyarakat keseluruhannya, perasaan kepuasan dalam hati dapat dirasa dengan ketara.

Pengakap Kelana adalah seorang dewasa dan pada masa inilah persetiaan dan Undang-undang Pengakap mesti diselidik dan diikuti dari pandangan seorang dewasa.



bergambar sebelum berangkat

masak air "mana tahan Gratis semua"

sempat lagi ambil gambar

besedia untuk proses mengenal diri (bahagian 1)

time ni semua diluahkan segala yang terpendam

ujian bertulis

khusyuknya menjawab

jawab jangan x jawab

kenapa tengok buku tu "meniru ya"....hehehe

mari berjalan-jalan santai

semua bukit direnangi bagi mencari kepuasan

capek deh..

semua perisai & tongkat terbentang, tuannya sibuk buat kraf tangan

perbentangan hasil kraf tangan

masanya memberitahu makna pada setiap perisai

group ke-2

sempat lagi begayak

time ni yang ditunggu-tunggu (group ke-2)

group pertama

majlis selesai... mari bermaaf maafan






Tuesday, January 11, 2011

Program XPDC Berbasikal 1Malaysia



Pada 25 disember 2010 yang lalu, Persekutuan Pengakap Daerah Kinabatangan telah menganjurkan ekspidisi berbasikal yang telah disertai oleh Pengakap Daerah Kinabatangan khususnya dan Pengakap Daerah Tawau amnya.

Program sebegini julung-julung kalinya diadakan, dengan adanya program sebegini, para peserta dari 2 buah daerah dapat disatukan atas nama 1 pengakap. Hadirnya program sebegini telah dapat mewujudkan 1 semangat, kerjasama dan toleransi yang tebal antara 2 buah daerah dimana selama ini hanya dapat diluahkan dibibir semata.

Laluan bagi Pengakap Daerah Kinabatangan, bermula dari Majlis Perbandaran Tawau (MPT) hinggalah ke Sandakan. Manakala Bagi Pengakap Daerah Tawau, Bermula juga dari Majlis Perbandaran Tawau (MPT) hinggalah ke Kampung Wakuba dan balik semula ke Bandar Tawau.

Dalam perjalanan ekspidisi, para peserta malalui laluan Batu Payung. Ini kerana laluan tersebut mempunyai permandangan yang tersangat indah, disamping para peserta penat mengayuh basikal masing-masing, para peserta diserikan dengan pantai yang begitu memukau semua pandangan.

Setibanya di Dewan Kampung Wakubah, Peserta menggunakan masa tersebut dengan berehat, mengisi perut dan memperbaiki basikal masing-masing, bagi memudahkan perjalan balik. Disini kedua Pengakap Daerah beramah mesra, bergambar-gambar, tidak kurang juga ada yang meminta Facebook masing-masing.

Setelah masa yang diberikan untuk berehat telah tamat, Pengakap Daerah Tawau meneruskan kayuhan untuk pulang kembali ke Tawau. Disinilah titik perpisahan antara 2 Daerah. Akan tetapi, perpisahan itu mengar kita erti persahabatan, Alam maya akan menjadi titik perbualan bagi semua.

Barisan Pengakap Daerah Kinabatangan

Lawa uniform bos

Kelana "B" Tawau punya anggota

Permulaan yang sangat semangat

go go go....

Scout Kinabatangan warga2 "DIGI" ka ni...???

mana yang lain..??

cantiknya permandangan dibelakang tu..

wewek sabah chinese bha ni...:)
teruskan usaha anda, ada 50 batu lagi..haha

hebatnya mamat ni..

kecapekan suma kesian

::: mamam time :::

muka-muka kegembiraan

Barisan orang kuat

Bos besar membuat ucapan

"Keriangan dalam Kepenatan"